WASIAT NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAYIDINA ALI RA Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan setiap Bujuk rayu.
3) Benci terhadap bualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan hati.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tandanya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.